Rangka kasar
kempen cekap maths bergerak - misi & visi
Kempen dilaksanakan selepas sesi persekolahan untuk tuisyen bergerak
bergantung kepada permintaan & temu janji dari jam 2 hingga 4 petang, bersambung dari 4.30 hingga 6.30 petang. Lokasi
tetap dari jam 8 hingga 10 malam untuk hari biasa mahupun pada hujung minggu. Pada hujung minggu pula tambahan masa dari jam
8.30 hingga 10.30 pagi, bersambung dari 11 pagi hingga 1 petang & seperti waktu selepas sesi persekolahan.
Lokasi tetap buat masa kini ada 5 tempat & akan berkembang
jua bergantung kepada kesesuaian & keadaan serta selari dengan permintaan ramai. 5 tempat tersebut ialah di Pulai Jaya,
Jayamas - Taman Tun, Permas Jaya, Pasir Gudang & Ulu Choh JB. Bagi tuisyen bergerak pula, ianya lebih kepada “roadshow”
antara sekolah menengah yang terlibat (sepertimana karnival tv3 & selamat pagi malaysia bersama K3P bergerak ke seluruh
negara) di mana bukti pembelian tidak merupakan keutamaan tetapi untuk lokasi tetap, penyertaan kempen akan diberi lebih keistimewaan
kepada yang berjaya mengemukakan bukti pembelian sebagai contoh sama ada peserta menunjukkan status hak milik mahupun kepenggunaan
terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan penaja.
Alaun kedatangan akan diberikan kepada peserta kempen demi menarik
mereka untuk lebih menikmati program yang bermanfaat ini. Kos ini akan termasuk dalam peruntukkan penaja. Sebagai contoh 5000
sen untuk 5000 jam berserta sijil penyertaan untuk peserta yang menghadiri kelas. Namun ini masih boleh dipertimbangkan &
bergantung kepada berapa ramai penaja mengikut setiap industri seperti satu penaja wakil dari industri motor, satu lagi dari
bank & berikutnya sebagai contoh http://realrewards.com.my & http://bonuslink.com.my di mana setiap syarikat mewakili
setiap industri.
Hasilnya nanti, tuisyen dibayar pula berkemungkinan besar akan
menjadi trend pula selain dari percuma mahupun berbayar?! Peserta kempen juga tidak akan ketinggalan dalam sesi bimbingan
berkenaan mengapa mereka sepatutnya merebut perluang keemasan ini & apakah arah tuju selepasnya pula. Hadiah sumbangan
dari penaja jua akan diberikan kepada peserta yang cemerlang.
Kempen ini bukanlah ingin menganti guru kerajaan yang sedia ada
cuma mahu mempelbagaikan serta mengkreatifkan lagi teknik pembelajaran yang sedia ada agar berupaya menambahbaikkan tahap
prestasi peserta hingga ke paras maksimum. Sebagai contoh penggunaan cd rom interaktif dari http://pelangibooks.com banyak
membantu peserta bagi sesi 2004 yang lalu & ini telah terbukti dengan keputusan peperiksaan yang jauh lebih memuaskan
berbanding sebelum mereka menyertai program tersebut.
Testimonial kini boleh diperolehi sama ada daripada lulusan pelajar
sains, kaunselor & pengetua SMK Tmn U 1 & Kangkar Pulai JB mahupun penolong kanan HEM & guru matematik tambahan
SMK Pekan Nenas, Dato’ Yunos Sulaiman & SMT Pontian Johor. Sepertimana Nur Amalina 17 A1 SPM 2004, internet &
tv banyak membantu beliau, kempen ini pula lebih kepada penggunaan cd rom & vcd!
Masa kempen ini diharapkan bermula pada seawal yang mungkin.
Ianya dijangka beroperasi sebaik sahaja wakil penaja dari mana-mana industri sudah aktif memasukkan sebahagian pembayaran
mereka sebagai pendahuluan. Kos dianggarkan dalam RM 5 ribu sahaja & masanya pula dalam lingkungan 5 bulan. Jenama syarikat
akan dihebahkan semasa kelas dijalankan & logo pula akan dipamerkan di laman web / wap. Diharapkan jua kempen ini akan
mendapat liputan meluas ke seluruh negara melalui suratkhabar, tv & radio pula nanti. Untuk makluman, sedangkan kehidupan
sukan pun boleh sangat bernafas hasil dari pakatan menang-menang atau "win win situation" di antara penaja & pemain dalam
arena sukan itu sendiri sebagaimana ketaraan kejayaan F1 di seluruh dunia! Perniagaan TV & radio jua amat bergantung kepada
iklan untuk terus berkembang maju yang mana akhirnya penaja jua mendapat keuntungan dari penajaan mereka jua.
Teknik ini memang agak unik & boleh dikatakan terbaru. Oleh
itu, sepatutnyalah penaja merebut kaedah ini sebelum terlambat. Contoh yang ketara, di zaman dahulu, sesiapa yang cuba menerbangkan
dirinya untuk menghasilkan kapal terbang akan dianggap pelik dan ada yang mengcemuh mereka sebagai gila lagi tapi disebabkan
mereka inilah, kini kita muda hendak ke mana sahaja hanya dengan pesawat malahan ianya cepat lagi berbanding kapal laut ataupun
kenderaan darat! Kesimpulannya, kita hendaklah cuba dahulu kerana jika kita tidak cuba kita tidak akan tahu keputusannya.
Sebagai maklumat tambahan, program tuisyen UMNO cawangan kami ini sudah bermula sejak tahun lepas tetapi lebih kepada lokasi tetap & beroperasi
dari sumbangan individu sahaja sempena pertandingan jawatan UMNO bahagian. Memandangankan pertandingan UMNO bermusim, individu
terbabit telah memberhentikan sumbangannya. Oleh yang demikian kami sedang mencari-cari penaja lain yang bermurah hati untuk
melancarkan lagi program kami ini malahan kini ianya bergerak pula atau lebih popular dipanggil sebagai roadshow agar lebih
ramai akan mendapat manfaat darinya.
Kami hanya menerima
penaja berdasarkan kepada industri khusus mereka terlibat. Dengan perkatan lain ianya merupakan siapa dulu dia sahaja yang
akan kami terima. Kepada syarikat yang kian popular, mungkin dengan cara ini
(penajaan bersama) akan melariskan lagi jualan anda manakala kepada syarikat yang semakin kurang pula "market share"nya, mudah-mudahan
dengan "roadshow" ini, syarikat anda akan kembali berkembang maju sepertimana yang telah diutarakan sebelum ini iaitu belum
cuba belum tahu & jika dikaji secara terperinci & bernas, cara ini sebenarnya mampu membantu!
Semoga kempen ini akan memberikan perubahan positif berganda
yang besar kepada negara tercinta khususnya memandangkan cabaran tanah air semakin sengit berikutan dasar langit terbuka mahu
tak mahu terpaksa diharungi jika ingin bersaing secara global sepertimana sebelum gawat, lebih ramai berminat dengan sektor
swasta tapi bila era afta pula kerja kerajaan seolah-olah menjadi kerjaya yang lebih selamat. Diharapkan dengan kempen ini,
rakyat kita akan berlumba-lumba untuk menjadi warga global pula iaitu mereka akan lebih mudah diterima untuk berkhidmat di
seluruh pelusuk dunia.
Segala kerjasama dari
pihak tuan / puan amatlah dihargai. Sekian dahulu & terima kasih. Maklumat berkenaan kempen ini bolehlah jua diperolehi / dikongsi bersama dengan melayari laman web di http://kempen2005.tripod.com
atau / dan di laman wap di http://tagtag.com/kempen2005 dengan teknologi GPRS, EDGE mahupun 3G! tajaan diterima dalam bentuk
barangan atau perkhidmatan bergantung kepada keperluan dan ianya boleh dikategorikan sama ada penaja gangsa (RM 5K), perak
(RM 10K), emas (RM 20K), platinum (RM 40K) atau intan (RM 80K). Kempen ini dikenali juga sebagai UMNO CREATIVE LEARNING ROADSHOW
(UCLR) dengan slogan "MESTI SKOR KALINIE PUNYALAH" seperti KARNIVAL TV3 "SURE HEBOH"!!